fb fb fb fb fb

P.Pinang siap siaga hadapi Monsun Timur Laut, air pasang besar

Exco Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jason H'ng Mooi Lye / Foto RTM

BUKIT MERTAJAM, 16 Oktober – Kerajaan Pulau Pinang telah melakukan persediaan rapi bagi menghadapi risiko peralihan Monsun Timur Laut dan fenomena air pasang besar sejak minggu lalu.

Persediaan termasuk kesiapsiagaan dari segi pasukan khas, logistik dan aset.

Exco Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jason H'ng Mooi Lye berkata langkah itu bertujuan untuk memberikan respon pantas sekiranya menerima sebarang laporan berkaitan banjir.

"Kita telah melakukan persiapan termasuk talian hotline dan semua jentera kita sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang risiko. Walaupun kita dimaklumkan bahawa paras air di Sungai Muda memang tinggi, daerah Seberang Perai Utara mungkin akan menghadapi cabaran besar disebabkan hujan lebat yang akan membawa kepada risiko banjir," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Sistem I Sweep Majlis Bandaraya Seberang Perai di Menara MBSP, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN