KUALA LUMPUR, 12 September - Kebebasan yang diberikan dalam meluahkan pandangan atau perasaan di negara ini tidak harus dicemari dengan tindakan provokasi sehingga menyebabkan keganasan atau kecederaan.
Orang ramai yang ditemui menganggap kekecohan yang berlaku di Kampung Sungai Baru semalam tidak wajar dan keterlaluan.
"Kita kena berfikiran luas, berfikiran secara matang kita jangan ikut emosi kita ada undang-undang di negara kita kita boleh adukan kepada pihak berwajib, tidak perlu untuk membuat provokasi," kata orang awam, Faizal Ismail.
"Sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita wajar menyuarakan pandangan dan perasaan secara matang beradab dan mengikut undang-undang," kata orang awam, Nurqistinanisa Saifulamir.
"Kita terbuka bersuara meluahkan perasaan kita tapi tidak sehingga berlakunya kecederaan kerosakan dan sebagainya, jadi apa yang berlaku semalam sehingga ada polis cedera tidak wajar dan ia memberi satu imej yang buruk bagi anak-anak muda yang melihatnya," kata orang awam, Muhammad Najwan Abdullah Shahrin.