fb fb fb fb fb

Orang ramai atau syarikat boleh miliki nombor plat khas UUM melalui bidaan

Foto UUM

SINTOK, 20 April – Orang awam atau syarikat yang berminat memiliki nombor plat eksklusif UUM boleh berbuat demikian menerusi proses bidaan di laman web yang disediakan khusus bagi tujuan tersebut.

Pengarah Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Afiruddin Tapa berkata, nombor khas itu bukanlah hanya dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh umum melalui sistem bidaan.

“Ramai beranggapan bahawa nombor plat khas UUM hanya untuk kakitangan universiti sahaja dan ia tidak benar. Sebenarnya, sesiapa sahaja sama ada individu atau syarikat boleh memiliki nombor plat eksklusif UUM dengan syarat mereka membida di laman web yang kami sediakan.

“Sehingga kini, 67% daripada 3,800 nombor khas UUM yang terjual, dibeli oleh orang awam, diikuti oleh bekas mahasiswa atau alumni, kakitangan dan pelajar universiti. Kami masih mempunyai 6,200 nombor pendaftaran khas UUM untuk dimiliki oleh orang ramai, jelas Dr. Afiruddin.

UUM mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pengeluaran nombor plat khas UUM1 hingga 9999 pada bulan Disember 2019.

Nombor-nombor plat eksklusif itu dibahagikan kepada beberapa kategori seperti nombor Utama, Menarik, Popular serta nombor Biasa dan ia dikeluarkan dengan matlamat memberi peluang kepada orang ramai menzahirkan kebersamaan dengan UUM yang merupakan antara universiti pengurusan terkemuka di Malaysia.

Menurut Dr. Afiruddin lagi, bidaan nombor plat khas UUM boleh dibuat sebelum 31 Disember 2025 dan pada masa ini, pihak universiti memberi diskaun sehingga 40 peratus kepada pembida.

Selain itu, bidaan boleh dibuat oleh mereka yang berminat dengan harga serendah RM300.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD