fb fb fb fb fb

Ops Tiris: 32,670 liter diesel berjaya diselamatkan KPDN Terengganu

KUALA TERENGGANU, 15 Jun - Satu aktiviti penyelewengan minyak diesel berjaya ditumpaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu dalam sebuan Ops Tiris di sebuah tapak pembinaan di Serada, di sini pada Rabu.

Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata diesel berjumlah 32,670 liter yang bernilai RM70,434 itu dirampas dalam serbuan hasil risikan sejak dua minggu lalu.

Beliau berkata, serbuan yang dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa turut menemukan sebuah lori tangki, beberapa tangki simpanan berisi minyak diesel dan peralatan untuk kegiatan pemindahan diesel.

(Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sabit kesalahan boleh didenda
sehingga RM1 juta)

"Semua hasil rampasan termasuk beberapa dokumen berkaitan yang dianggarkan bernilai RM510,434 ringgit disita untuk siasatan lanjut.Dua lelaki tempatan masing-masing berusia 30an dan 40an ditahan bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala syarikat boleh didenda tidak lebih RM2 juta.

Media Baharu