fb fb fb fb fb

Permohonan sebagai pemerhati PRU DUN Ke-15 dibuka mulai hari ini

(FOTO FAIL)

PUTRAJAYA, 15 Jun - Permohonan sebagai pemerhati bagi Pilihan Raya Umum, Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Ke-15 bagi enam negeri dibuka bermula hari ini dan akan ditutup pada 7 Julai.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak memaklumkan permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

(FOTO FAIL)

"Pemerhati dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi proses-proses pilihan raya seperti penamaan calon, berkempen, pengundian awal, pengundian, pengiraan undi dan penjumlahan rasmi undi sehinggalah pengisytiharan keputusan pilihan raya.

"SPR mengingatkan mereka yang berminat untuk menyertai program ini supaya mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan," katanya menerusi kenyataan.

Mereka yang ingin memohon boleh melayari portal SPR di alamat https://www.spr.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memuat turun borang permohonan.

Media Baharu