(FOTO JPJ PERLIS)
KANGAR, 3 Julai- Bahagian Penguatkuasa JPJ Perlis mengeluarkan sebanyak 300 notis saman atas pelbagai kesalahan kepada para pemandu kenderaan di negeri itu sepanjang tempoh empat hari Operasi Khas Bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha (HRAA).
HRAA yang dilaksanakan pada 27 dan 28 Jun serta 1 dan 2 Julai mensasarkan para penunggang motosikal, pemandu kenderaan persendirian dan pemandu kenderaan perkhidmatan awam serta pemandu kenderaan perdagangan
Menurut Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, Pasukan Operasi Khas JPJ Perlis seramai 40 orang pegawai dan anggota telah diatur gerak sepanjang operasi tersebut.
Antara kesalahan utama yang dikesan sepanjang operasi ialah berkaitan kesalahan Pelesenan pemandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) , Kesalahan Teknikal dan kesalahan berkaitan Permit Peredaran Antarabangsa (ICP) yang dilakukan oleh pemandu warga Thailand.
Beliau turut mengingatkan semua pemandu kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi mengelakkan dikenakan tindakan saman serta sentiasa meningkatkan budaya pemanduan berhemah agar dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kecelakaan di jalan raya.
(FOTO JPJ PERLIS)