TAWAU, 25 Disember- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menangguhkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam muara sungai berhampiran Kampung Kurnia Jaya, Jalan Apas Batu 4, Tawau.
Menerusi kenyataan JBPM Sabah, mangsa dikenali Aduha Iman; berusia dua tahun.
"Mangsa tergelincir dan terjatuh dibawa arus muara sungai ketika sedang bermain di belakang rumahya.
"Mangsa dilaporkan memakai baju berwarna putih semasa kejadian.
"Operasi SAR yang ditangguh pada pukul 7.30 malam tadi akan disambung esok," kata JBPM Sabah.