fb fb fb fb fb

Operasi pengurusan banjir lancar

Operasi serta pengagihan bantuan di PPS, baik dan teratur / Foto FB Wan Rosdy bin Wan Ismail

KUANTAN, 18 Disember - Pengurusan banjir di Pahang, lancar dan terkawal walaupun mencatatkan peningkatan angka penduduk terjejas banjir.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan setakat ini, pihak berkaitan telah melaksanakan operasi serta pengagihan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan baik dan teratur.

"Saya tidak menafikan mungkin ada sedikit 'kelewatan' akibat hujan. Namun, operasi pengagihan masih berjalan secara teratur bagi memastikan kebajikan penduduk terjejas terjaga.

"Kerajaan negeri akan memastikan makanan tersedia dan sampai penduduk terjejas,"katanya selepas melawat penduduk terjejas banjir di PPS Dewan Orang Ramai Jaya Gading.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai tidak menularkan maklumat tidak sahih.

FAUZIAH ABD RAHMAN