Op Pantau Terengganu kesan 39 kesalahan

Mohd Mufsi Lat melakukan tinjauan di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu hari ini

KUALA TERENGGANU, 17 Mac- Sebanyak 2,451 pemeriksaan dan 39 kesalahan melibatkan harga barangan dikesan sepanjang Op Pantau 2026 di Terengganu sempena musim perayaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • 118 anggota penguat kuasa dan 58 pegawai pemantau harga digerakkan bagi memperkukuh pemantauan harga di lapangan.
  • Pemerhatian di lapangan mendapati peniaga mematuhi harga ditetapkan, terutama harga kawalan, dan mempamerkan tanda harga.
  • Operasi menumpukan bukan hanya kepada pencatutan harga tetapi juga bekalan barangan, penjualan barangan tiruan, dan penggunaan alat timbang.
  • Mohd Mufsi hadir pada Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2026 peringkat negeri.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, Mohd Mufsi Lat berkata seramai 118 anggota penguat kuasa tambahan termasuk 58 pegawai pemantau harga digerakkan bagi memperkukuh pemantauan harga di lapangan.

“Berdasarkan pemerhatian di lapangan, termasuk di bazar Ramadan, semua peniaga mematuhi harga yang ditetapkan, khususnya harga kawalan, serta mempamerkan tanda harga pada perniagaan masing-masing,” katanya

Jelas beliau, Op Pantau bukan sahaja menumpukan kepada peniaga yang mencatut harga, tetapi juga terhadap bekalan barangan, penjualan barangan tiruan, penggunaan alat timbang dan aspek pemantauan lain.

Mohd Mufsi ditemui media pada Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2026 peringkat negeri.