fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLIBOR tidak catat dagangan pada sesi tengah hari

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 8 Februari- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives kekal tidak diniagakan pada sesi dagangan tengah hari ini.

Pada rehat tengah hari, bulan semerta Februari 2023, Mac 2023, April 2023 dan Jun 2023 semuanya kekal terikat pada 97.23.

Kedua-dua jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.

Di pasaran tunai pada penetapan pukul 11.00 pagi, KLIBOR tiga bulan asas ialah pada 3.67 peratus.- BERNAMA


(Foto Hiasan)

Media Baharu