KUALA LUMPUR, 13 Ogos- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pagi ini.
Pada pukul 9.15 pagi, kontrak Ogos 2024 dan September 2024, masing-masing merosot 4.0 mata kepada 1,605.0 dan 1,586.50, Disember 2024 berkurangan 5.5 mata kepada 1,590.50 dan Mac 2025 susut 3.5 mata kepada 1,577.50.
Jumlah dagangan sebanyak 1,219 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,332 kontrak.
Pada pukul 9.33 pagi, FBM KLCI merosot 4.81 mata kepada 1,601.85 daripada 1,606.66 pada Isnin.- BERNAMA