LUNDU, 27 Disember- Seorang nelayan yang dilaporkan hilang di Sungai Lundu, Rabu lepas ditemukan lemas oleh pasukan pencari dan penyelamat awal pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lundu, Muhamad Hazijul Abdul Mujun, mayat mangsa Jokepli Hamidi, 60 tahun ditemukan pada pukul 8.25 pagi dalam keadaan terapung pada kedudukan 3 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
Dihubungi pemberita RTM di Kuching pagi tadi katanya lagi, mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan tiada kesan serangan reptilia sungai.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi dihentikan sepenuhnya.
Pada Rabu lepas, Jokepli yang dalam perjalanan pergi ke laut dikatakan terjatuh dari botnya yang sedang bergerak di sungai berhampiran Kampung Kelauh.
Susulan kehilangannya, satu operasi SAR dilancarkan.