KLEBANG, 22 November - Jabatan Pertanian telah mengenal pasti kawasan pertanian yang berisiko banjir, terutamanya negeri di Pantai Timur.
Sehubungan itu, Bilik Gerakan Bencana KPKM, akan digerakkan bagi memberi bantuan awal kepada golongan petani, pesawah, penternak serta nelayan yang terjejas banjir.
Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi berkata pihaknya sedia menyelaras bantuan-bantuan untuk disalur kepada mereka yang terjejas.
"Jabatan Pertanian peringkat negeri dan daerah juga telah membuat hebahan awal serta membuat pelan mitigasi agar dapat mengurangkan kerugian bencana terhadap sektor agromakanan,"katanya selepas Majlis Penyerahan Sekolah Angkat Madani di Sekolah Kebangsaan Limbongan.
