fb fb fb fb fb

MRL patuh peraturan, jaga kepentingan awam

KUALA LUMPUR, 6 Februari- Pemilik projek, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan kontraktor utama, CCC-ECRL sentiasa komited dalam memenuhi semua keperluan dan peraturan ditetapkan pihak berkuasa negeri.

Ini terutama perkara berkaitan pemeliharaan alam sekitar dan menjaga kepentingan orang awam.

Perkara itu susulan kebimbangan disuarakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) terhadap pembukaan tanah untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor.

Kenyataan MRL memaklumkan, bagi projek yang sedang berjalan di Selangor, kerjasama sedang dilaksana dengan pihak-pihak berkuasa negeri dan agensi-agensi di semua peringkat.

Kerja-kerja pembinaan untuk Seksyen C2 ECRL meliputi laluan Gombak-Serendah-Pelabuhan Klang dijalankan dengan teliti hasil rundingan bersama komuniti tempatan dan pihak berkepentingan.

Kelulusan Skim Kereta Api ECRL bagi seksyen itu telah diterima daripada Kementerian Pengangkutan pada 14 Januari lalu selepas pemeriksaan awam dijalankan selama 3-bulan mengikut peruntukan perundangan berkaitan.

MRL turut menyatakan pembukaan tanah untuk Projek ECRL di Selangor tidak melibatkan penyahwartaan hutan simpan termasuk kawasan-kawasan di Taman Negeri itu.

(Foto hiasan)

Media Baharu