fb fb fb fb fb

MPJ terus pantau premis makanan bawah PBT

Rosemanizam Mohammed Nalif

JASIN, 20 Januari- Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melakukan pemantauan berterusan di semua premis makanan bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan makanan dihidangkan bersih dan selamat.

Yang Dipertua MPJ Rosemanizam Mohammed Nalif berkata, ruangan penyediaan makanan juga perlu mematuhi aspek kebersihan yang ditetapkan.

"Jadi kebanyakan kawasan kita buat pemeriksaan, perkara ini tidak berlaku di kawasan Jasin. Tetapi kita tidak mengambil ringan perkara ini sebab kalau dibiarkan akan berlaku.

"Cuma kawasan selain daripada gerai MPJ kita juga buat pemeriksaan di restoran kawasan komersial di Jasin Bestari, Merlimau dan sebagainya. Ini adalah kawasan tumpuan kita untuk memastikan restoran juga pemilik-pemilik premis makanan ini sentiasa patuh dalam aspek kebersihan," kata Rosemanizam di sini.

Sepanjang tahun lalu sahaja lebih 500 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan kepada pemilik premis makanan yang gagal mematuhi undang-undang kecil PBT.

Ia merangkumi Undang-undang Kecil (UUK) Perlesenan Petempatan Makanan, Pelesenan Penjaja dan Gerai, dan Pengendalian Makanan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI