fb fb fb fb fb

MPFN setuju lulus dasar perancangan bandar dan desa

KUALA LUMPUR, 18 September- Kerajaan menerusi mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke- 42 bersetuju meluluskan satu dasar utama berkaitan perancangan bandar dan desa iaitu Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) atau dikenali sebagai (PeGTaECRL).

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata PeGTaECRL merupakan dokumen perancangan guna Tanah Jangka Panjang sehingga 2040 di sekitar 20 stesen sepanjang laluan ECRL.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, "MPFN juga bersetuju dengan penambahbaikan kepada proses kelulusan dalam pembinaan infrastruktur
pengecasan EV melalui Garis Panduan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik dan
Prosedur Pemajuan (GPP EVCB)."

Selain itu Pelan Pembangunan Geopark Negara
2021-2030 (PPGN 2021-2030) dan Pelan Pelaksanaan Geopark Negara (PLGN) menjadi asas gerak kerja bagi merancang, mengurus dan melaksanakan pembangunan sesebuah Geopark secara bersistem.

Pemakaian kedua-dua dokumen itu merupakan kerjasama kerajaan negeri dan penterjemahan cadangannya dalam dokumen rancangan tempatan (RT) untuk kawalan perancangan dan guna tanah di peringkat tempatan.

Bagaimanapun, Anwar berharap agar "semua jabatan dan agensi di peringkat persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan diseru memberikan perhatian terhadap perkara itu bagi meningkatkan keyakinan pelabur."

(Mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) ke-42 dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Media Baharu