fb fb fb fb fb

500,000 wanita disasar carum bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah

KUALA LUMPUR, 18 September- Seramai 200,000 wanita telah berdaftar dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah sejak ia berkuat kuasa pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui kerjasama Kementerian Sumber Manusia masih giat mempromosi skim berkenaan agar ia mencapai jumlah sasaran iaitu 500,000 pencarum pada tahun ini.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata program berkenaan perkara itu perlu diperbanyak "kepada seluruh rakyat malaysia terutamanya kepada kaum wanita berkenaan pentingnya skim ini.

"Dengan adanya perlindungan ini mereka juga tidak terkecuali daripada dilindungi biarpun tidak bekerja dalam sektor formal. Perlindungan itu seperti bencana domestik dan keilatan," katanya ketika ditemui RTM di Angkasapuri Kota Media di ibu negara.

V. Sivakumar turut menjelaskan tiada keperluan mengkaji semula had umur yang layak mencarum dalam skim itu.

"Kalau kita tidak mengambil kira perkara ini dengan teliti ia boleh menjejaskan tahap kewangan atau dana PERKESO itu sendiri. Selain itu, sekiranya tahap umur pencarum ditingkatkan ia boleh mengganggu nilai caruman yang telah ditetapkan," katanya.

(V. Sivakumar)

Media Baharu