fb fb fb fb fb

MOTAC menyifatkan bajet 2023 tanda sokongan kerajaan

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, MOTAC menyifatkan bajet sebanyak RM1.16 bilion ini sebagai tanda sokongan dan komitmen berterusan kerajaan untuk menjadikan industri pelancongan, seni dan budaya tempatan, kembali teguh.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri, MOTAC akan memperhalusi segala peruntukan yang melibatkan sektor pelancongan dan kebudayaan dan merebut setiap peluang pertumbuhan yang muncul dan membangunkan sektor ini yang berkait rapat dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan.


(Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri )

Menerusi kenyataan, beliau berkata tinjauan bagi tahun 2023 menunjukkan cabaran berbeza dan ketidaktentuan.

Ini berikutan perkembangan global dan MOTAC akan terus mengambil langkah yang sewajarnya bagi melindungi dan mempersiapkan negara daripada kejutan masa hadapan.

Di bawah Fokus 4 Bajet 2023, Pemulihan Sektor Pelancongan, antara peruntukan langsung di bawah MOTAC termasuklah 200 juta ringgit untuk pemulihan Sektor Pelancongan bagi galakan, promosi dan pemasaran, RM90 juta untuk Geran Padanan Galakan Melancong (GAMELAN) melibatkan kempen promosi dan pemasaran bersama industri serta Geran sepadan untuk insentif penganjuran program pelancongan termasuk acara sukan antarabangsa.

Selain RM25 juta insentif kepada rakyat dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat bagi penginapan, pakej pelancongan, kraf tangan dan karya seni sehingga RM100.

Juga RM25 juta bagi Program Merakyatkan Seni Budaya dan Warisan.

Di bawah Bajet 2023 juga, MOTAC juga menerima dana lain berkaitan pelancongan dan juga Insentif cukai berkaitan pelancongan.

Media Baharu