fb fb fb fb fb

MITI ada mekanisme pantau dan pemudahcara bersifat komprehensif

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 7 April- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensinya mempunyai mekanisme pemantauan dan pemudahcaraan sedia ada yang bersifat komprehensif.

Mekanisme itu bagi pelaburan dan eksport berpotensi menerusi misi perdagangan dan pelaburan.

Kementerian itu menegaskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan InvestKL akan melaksanakan tindakan susulan terhadap potensi perlaburan.

Manakala Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan melihat kepada eksport yang berpotensi.

Melalui satu kenyataan, menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan mekanisme itu akan membolehkan MITI dan agensinya menjadi lebih responsif dalam merealisasikan komitmen mereka dengan baik.

Beliau turut menyatakan penekanan akan diberikan kepada pemantauan terhadap indeks prestasi utama yang menyokong matlamat MITI.

Ini termasuk menyediakan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia, memastikan pemindahan pengetahuan, dan menggerakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang meningkatkan lagi nilai rantaian.


(Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz)

Media Baharu