fb fb fb fb fb

MetMalaysia ramal kebanyakan negeri alami hujan, ribut petir bermula hari ini

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 5 Oktober - Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kebanyakan negeri bakal mengalami hujan dan ribut petir bermula hari ini.

Selain Semenanjung, hujan dan ribut petir juga diramal berlaku di Sabah dan Sarawak sehingga Jumaat ini.

Jadual ramalan cuaca MetMalaysia itu dikongsi di laman sosial Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Malam ini, cuaca diramal berlaku ribut petir di Kelantan dan Pahang.


(Foto hiasan)

Pada keesokan hari, hujan di beberapa tempat di pedalaman Sabah dan Labuan serta Perak, Negeri Sembilan dan Johor di sebelah pagi.

Ribut petir dijangka berlaku di sebelah petang di Limbang, Putrajaya, Kelantan dan Terengganu.

Pada Jumaat, sebahagian besar negeri seluruh negara dijangka hujan.

Ribut petir dan hujan pula dijangka berlarutan dari petang sehingga malam membabitkan kebanyakan negeri.

Media Baharu