Meski cuaca panas, sambutan Hari Terbuka Armada 2026 TLDM Tanjung Gelang tetap meriah

Foto Facebook Markas Wilayah Laut 1

KUANTAN, 2 Mei -Sambutan Hari Terbuka Armada 2026 di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang di sini, sempena ulang tahun ke-92 amat menggalakkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengunjung teruja melihat aset TLDM dekat, merasai pengalaman tugas dan membawa anak untuk pembelajaran serta hiburan.
  • Pameran memaparkan aset Tentera Darat dan Tentera Udara seperti kenderaan berperisai Gempita dan helikopter EC725.
  • Acara berlangsung 8.30 pagi hingga 6.30 petang hari ini dan esok, dirasmikan oleh Laksamana Muda Azman Rabani.
  • Program Jualan Rahmah MADANI tawarkan penjimatan 10 hingga 30 peratus; aktiviti lain termasuk lawatan kapal, larian, memancing dan petting zoo.

Di samping memanfaatkan cuti hujung minggu bersama keluarga, mereka teruja untuk melihat sendiri aset-aset utama TLDM secara lebih dekat dan merasai pengalaman tugas sebagai seorang tentera.

Turut dipamerkan ialah aset Tentera Darat Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia seperti kenderaan berperisai Gempita dan helikopter EC725, serta pameran daripada agensi beruniform yang lain.

“Seronok walaupun cuaca panas, banyak pameran termasuk helikopter dan kapal. Jika ada pengalaman, boleh membawa anak-anak datang untuk mengenal pasti perbezaan antara hovercraft, kapal dan helikopter. Memang menyeronokkan,” pengunjung, Hadijah Muhamad.

“Bagi saya, saya banyak menonton filem, jadi apa yang saya alami dalam kehidupan sebenar adalah seperti yang diajar. Saya juga tertanya-tanya tentang peta, magnitud, longitud dan sains yang digunakan. Secara tidak langsung, saya memperoleh ilmu dan pengalaman apabila melihat sendiri anggota beruniform,” Nur Afikah Syamira Rizman.

“Saya rasa lebih baik juga datang tahun ini kerana banyak kapal yang hadir, dan kapal-kapal ini tidak pernah datang pada tahun lepas. Jadi, saya berasa teruja untuk melihat keadaan dalamannya.
Mereka juga sangat sopan dan merendah diri. Apa sahaja yang kami tanya, mereka akan menjawab dengan baik. Ini menunjukkan mereka benar-benar mengambil berat tentang tugas mereka,” Veeda Sharina Shaari.

Acara tahunan itu berlangsung dari 8.30 pagi hingga 6.30 petang bermula hari ini hingga esok, dengan majlis perasmian disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Azman Rabani.

Program Jualan Rahmah MADANI anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup juga diadakan dari 8.30 pagi hingga 2.00,petang, menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10 hingga 30 peratus.

Program tahunan itu berlangsung dari 8.30 pagi hingga 6.30 petang, bermula hari ini hingga esok, dengan majlis perasmian disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Azman Rabani.

Program Jualan Rahmah MADANI turut diadakan dari 8.30 pagi hingga 2.00 petang, menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10 hingga 30 peratus.

Pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti seperti lawatan ke kapal perang TLDM, larian santai, pertandingan memancing, petting zoo, karaoke terbuka serta jualan makanan dan cenderamata.