fb fb fb fb fb

Merdeka ala kampung tradisi: Jadi inspirasi Ekspo Kemerdekaan Selangor 2025

Menghimpunkan lebih 370 kampung tradisi dari seluruh negeri / Foto SUKSELANGOR

KUALA LUMPUR, 26 Ogos - Sambutan Bulan Kemerdekaan di Selangor tahun ini bakal diserikan dengan penganjuran Ekspo Kemerdekaan Kampung Tradisi yang akan berlangsung di Stadium Sungai Besar dari 28 hingga 31 Ogos.

Program empat hari itu menghimpunkan lebih 370 kampung tradisi dari seluruh negeri dengan pelbagai pengisian menarik.

Exco Perpaduan Negeri Selangor, Datuk Rizam Ismail, berkata penganjuran ekspo bertujuan memupuk semangat patriotisme selain mengukuhkan perpaduan masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar.

“Sudah pasti saya memilih untuk mengadakan program perpaduan ini di luar bandar kerana kita mahu membawa masyarakat bandar melihat bagaimana masyarakat kampung secara semula jadi telah mengamalkan nilai perpaduan dalam kehidupan seharian. Mereka hidup dalam suasana harmoni, saling membantu dan bergotong-royong. Nilai-nilai ini mungkin sedikit berkurangan dalam kalangan masyarakat bandar kerana kesibukan kerja,” katanya.

Antara aktiviti yang bakal dianjurkan sepanjang ekspo termasuk sukan rakyat, forum perdana, larian merdeka, perarakan kereta berhias, serta pameran daripada agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Datuk Rizam berkata demikian ketika menjadi tetamu program Hello YB di Konti SelangorFM.

HASRON BIN HASSAN