Mendepani krisis tenaga, kerajaan komited lindungi kebajikan rakyat

Datuk Fahmi Fadzil pada sesi penerangan bersama Teo Nie Ching/Foto Facebook Fahmi Fadzil

KULAI, 5 April – Kerajaan akan terus memperkukuh langkah menangani krisis tenaga global dan penekanan terhadap usaha melindungi kebajikan rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri menegaskan fokus memastikan negara kekal teguh, stabil dan berdaya tahan menghadapi cabaran global.
  • Kekuatan negara digerakkan oleh disiplin, kerjasama dan keyakinan menurut beliau.
  • Kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi PriceCatcher untuk semak dan banding harga bagi berjimat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menerusi kenyataan di Facebook menegaskan, fokus utama kerajaan adalah untuk memastikan negara kekal teguh, stabil, dan berdaya tahan dalam menghadapi sebarang rintangan.

“Dalam menghadapi cabaran global, kekuatan kita lahir daripada disiplin, diperkukuh dengan kerjasama, dan disokong oleh keyakinan,” katanya ketika hadir ke sesi penerangan bersama timbalannya yang juga Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan orang ramai memanfaatkan aplikasi PriceCatcher sebagai langkah berjimat cermat, sekali gus membolehkan pengguna membuat semakan dan perbandingan harga yang lebih bijak.