fb fb fb fb fb

Melestari pembangunan Sabah, lebih RM217 juta diperuntukkan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming

KOTA KINABALU, 26 Julai - Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM217.41 juta untuk beberapa projek pembangunan di Sabah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata peruntukan itu antara lain meliputi 38 projek pembangunan dan naik taraf infrastruktur awam serta komuniti penduduk setempat di negeri itu.

Beliau berkata, kesemua projek tersebut akan dilaksanakan, tahun ini.

"Kita hendak pastikan kerja-kerja ini semua dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat untuk rakyat Sabah boleh melihat, boleh rasa, boleh sentuh perubahan positif yang sedang dibawa oleh Kerajaan Madani," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau projek naik taraf Dewan Masyarakat Luyang, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN