
ALOR GAJAH, 10 Mac– Melaka berupaya menjadi hab pengeluaran kenderaan elektrik (EV) selepas industri berkenaan terus berkembang maju di negeri itu.
- Pengeluaran pertama kenderaan elektrik MG S5 EV dipasang secara tempatan di Alor Gajah.
- Melaka menawarkan ruang seluasnya untuk pelabur jadikan negeri pusat pengedaran dan pemasangan kereta.
- Inland Port akan dilancarkan minggu depan untuk menjadi penyokong kepada industri.
- Pengeluaran MG S5 EV 120 hingga 180 kenderaan sebulan, akan dipasarkan di Malaysia tahun ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pengeluaran pertama kenderaan elektrik yang dipasang secara tempatan iaitu MG S5 EV dikeluarkan di Alor Gajah.
“Kita harap Melaka menawarkan ruang yang seluas-luasnya untuk pelabur-pelabur datang menjadikan Melaka sebagai hab dan pusat untuk pengedaran dan pemasangan kereta.
“Di Melaka nanti akan ada Inland Port yang saya akan lancarkan minggu depan yang akan menjadi penyokong kepada industri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perasmian MG S5 SKD Line-Off di Alor Gajah.
Pengeluaran bagi kenderaan elektrik MG S5 EV itu adalah sebanyak 120 hingga 180 kenderaan sebulan dan akan dipasarkan di Malaysia pada tahun ini.