
ALOR GAJAH, 4 April – Tiada keperluan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) kepada penjawat awam Negeri Melaka.
- Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menjelaskan polisi kerja dan pendekatan kerajaan negeri.
- Melaka sebuah negeri kecil; kakitangan boleh sampai pejabat dengan cepat dan dekat.
- Kenyataan itu dibuat semasa Program WRUR Alor Gajah dan Jamuan Aidilfitri DUN Asahan di SK Felda Bukit Senggeh.
- Sebanyak 200 pencapaian direkodkan dan hampir RM23.9 juta bantuan disalurkan kepada rakyat DUN Asahan.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia berikutan Melaka sebuah negeri yang kecil dan tidak mengambil masa yang lama untuk ke sesuatu kawasan.
“Sebenarnya kita telah mengambil pendekatan bahawa tiada keperluan untuk kerajaan negeri mengadakan program Bekerja Dari Rumah.
“Melaka sebuah negeri yang kecil, (kakitangan) boleh sampai (ke pejabat) dalam masa yang cepat dan dekat. Jadi, keperluan ini (BDR) tiada asas untuk kita laksanakannya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Alor Gajah Kampung Kita dan Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat DUN Asahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Bukit Senggeh, Asahan.
Dalam pada itu, Datuk Seri Ab Rauf turut memaklumkan bahawa sebanyak 200 pencapaian telah direkodkan, selain penyaluran bantuan berjaya direalisasikan melibatkan peruntukan hampir RM23.9 juta kepada rakyat di kawasan DUN Asahan.