AYER KEROH, 18 Oktober - Melaka Halal Hab Fasa 2 dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2027.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pembangunannya diyakini membuka peluang besar untuk menarik pelabur antarabangsa dan tempatan dalam industri halal.
Projek berkenaan dilaksanakan di tanah seluas 19.03 hektar di Serkam, Jasin.
"Kita usahakan projek ini sebagai satu hab halal baharu dan yang sedia ada berjaya mempertingkatkan kualiti industri kecil dan sederhana bagi memastikan mereka telah masuk ke peringkat perjalanan halal di peringkat antarabangsa.” katanya.
Melaka juga akan menubuhkan Majlis Pembangunan Industri Halal Negeri Melaka (MIPH Melaka) bagi memastikan pembangunan halal bergerak secara lebih tersusun.
Penubuhannya seiring hasrat Majlis Pembangunan Industri Halal peringkat persekutuan di bawah Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030), yang menetapkan keperluan setiap negeri mempunyai struktur kawal selia halal tersendiri.
Beliau ditemui pemberita pada perasmian Festival Halal Antarabangsa
Melaka di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.
Melaka Halal Hab Fasa 2 siap 2027
powered by social2s