fb fb fb fb fb

Mega Zumba sasar 10,000 penyertaan

GEORGE TOWN, 10 Februari- Seramai 10,000 peserta disasarkan untuk menyertai Mega Zumba sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2023 atau Commenmoration of the International Womens Day (IWD), Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Chong Eng berkata, terdapat pelbagai program sempena IWD selain menyasarkan seramai 10,000 peserta bagi acara Mega Zumba yang merupakan Misi Memecahkan Rekod Malaysia di Midtown PERDA Kubang Menerong pada 11 Mac nanti.

"Zumba Mega kita nak 10,000 orang lelaki, wanita, tua, muda semuanya diraikan. Ini untuk bersolidariti dengan kaum wanita ada lagi ketidaksamarataan di antara wanita dan lelaki kita nak membanyakkan peluang utk wanita," katanya.

Tambah beliau, sambutan kali ini yang bertemakan Merangkul Kesamarataan bertujuan menghargai sumbangan dan pencapaian wanita dalam sektor sosial, ekonomi, budaya dan politik serta sumbangan wanita terhadap pembangunan Pulau Pinang.

(Seramai 10,000 peserta disasar menyertai Mega Zumba)

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang di Komtar.

Media Baharu