ALOR SETAR, 25 Februari- Sebanyak 22 kawasan bazar Ramadan akan dibuka di bawah Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sepanjang bulan Ramadan nanti.
Ia meliputi 1,600 tapak perniagaan disediakan dan kesemuanya telah ditempah peniaga.
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata dalam tempoh terdekat beliau akan mengadakan pertemuan bersama peniaga bagi memberikan taklimat dan penerangan sebelum bazar dibuka.
"Penerangan berkaitan 'cashless' (tanpa tunai) kita sambut baik program tersebut dijalankan tahun ini dan sebab itu urusniaga selepas ini dia lebih kepada pengurusan secara tanpa tunai, di mana nanti kita akan panggil kesemua yang terlibat dalam bazar Ramadan itu. Selain untuk beri penerangan tentang syarat- syarat yang perlu dipatuhi peniaga termasuklah kebersihan dan kesihatan," katanya.
(Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Yusri Md Daud (tengah) pada Majlis Konvensyen Usahawan
Wanita Bumiputera Negeri Kedah)
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvensyen Usahawan Wanita Bumiputera Negeri Kedah di Alor Setar.
MBAS juga akan membuka laluan di Starwalk, Alor Setar buat julung kalinya untuk jualan Bazar Hari Raya.