fb fb fb fb fb

Masyarakat luar bandar tidak ketinggalan daripada arus kemajuan digitalisasi negara

(Datuk Seri Ismail Sabri berucap pada Majlis Sesi Pengagihan PerantiSiswa Keluarga
Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak/BERNAMA)

BERA, 16 November- Kerajaan tidak mahu masyarakat luar bandar terutama golongan B40 ketinggalan daripada arus kemajuan digitalisasi negara.

Pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia secara percuma dilaksanakan bagi menggalakkan pelajar menggunakannya seiring dengan zaman digitalisasi dan pada masa sama tidak membebankan ibu bapa.

Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tablet dan alat peranti amat penting dalam kehidupan seharian golongan siswa dan pelajar.

Sebanyak 400,000 buah peranti diagihkan secara berperingkat kepada pelajar golongan B40 di seluruh negara.

"Kalau ada peranti tidak ada capaian internet tidak ada makna sebab itu bawah K-KOMM (Kemenyerian Komunikasi dan Multimedia) kita mempunyai program Jendela Jaringan Digital Negara fasa pertama sehingga 2022.

"Fasa kedua 2022-2025 dengan sasaran kerajaan capain internet 100% keseluruhan. Di Bera , setakat ini saya difahamkan 95% daripada seluruh Bera telah mendapat capaian internet. Tahun depan 100% capaian internet," kata Ismail Sabri ketika berucap dalam Program Sesi Pengagihan 160 buah Perantisiswa Keluarga Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan
Mengkarak, di sini yang dirasmikan Menteri K-KOMM, Tan Sri Annuar Musa.

(Datuk Seri Ismail Sabri berucap pada Majlis Sesi Pengagihan Perantisiswa Keluarga
Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak/BERNAMA)

Media Baharu