fb fb fb fb fb

Masyarakat disaran lebih peka tanda awal penyakit kanser

KOTA BHARU, 2 Februari - Masyarakat di Kelantan disaran lebih peka dengan pengesanan awal penyakit kanser.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata kepekaan rakyat di negeri itu terhadap tanda awal penyakit tersebut ketika ini berada pada tahap 60 peratus.

Beliau berharap tahap kesedaran masyarakat terus dapat dipertingkatkan agar langkah pencegahan, pengesanan, dan rawatan awal dapat dikesan dengan segera.

Ini termasuk sokongan daripada ahli keluarga.

"Jadi mereka sama-sama menjadi penggera kepada pesakit ini ataupun mendorong kepada mereka.

"Mungkin kesedaran ini suami tahu dan ada kesedaran ini dia kenal pasti bahawa isteri ada rasa macam you know something yang berubahkan so sepatutnya pasangan inilah insan yang bersama lah yang menjadi orang kita penggerak lah untuk memastikan pesakit ini datang selain daripada memberi sokongan sehingga ke akhirlah," katanya ketika ditemui selepas program sehari bersama pesakit kanser sempena hari Kanser Sedunia 2022 di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, di sini.

Media Baharu