fb fb fb fb fb

Insiden bot berlanggar, siasatan terperinci akan dilakukan elak tragedi berulang

KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Siasatan terperinci perlu dilakukan Jabatan Laut Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden perlanggaran sebuah bot pelancong dengan sebuah bot nelayan di muara Sungai Besut di Jeti Pelancongan Kuala Besut, Isnin lepas.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata isu keselamatan dan keselesaan pelancong ke pulau-pulau peranginan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Sehubungan itu katanya, punca kejadian perlu dikenal pasti agar kejadian sama tidak berulang.

"Insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana kawasan di sekitar muara sungai adalah luas, dan kejadian seumpama itu akan menimbulkan persepsi negatif pelancong," katanya.

Dalam kejadian Isnin lepas, bot pelancong dari Pulau Perhentian yang membawa 29 penumpang, dilaporkan berlanggar dengan sebuah bot yang dinaiki tiga nelayan di kawasan muara Sungai Besut berhampiran jeti.

Media Baharu