fb fb fb fb fb

Masyarakat di Sarawak mahu Jualan Rahmah dianjurkan dengan lebih kerap

ADUN Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang ditemui pemberita selepas merasmikan Jualan Rahmah di Kampung Semaba, Kuching

KUCHING, 18 Mei- Penganjuran Jualan Rahmah perlu dianjurkan lebih kerap bagi menampung keperluan seharian masyarakat terutama golongan B40.

ADUN Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang berkata, atas rasa tanggungjawab dan melihat kepada sambutan luar biasa terhadap program Jualan Rahmah daripada penduduk, pihaknya merancang untuk memperbanyak penganjuran jualan di kawasan seliaannya.

"Kami dan akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk menganjurkan lebih banyak Jualan Rahmah di kawasan saya, iaitu DUN Batu Kitang.

"Sambutan daripada penduduk setempat memang sangat baik,"katanya selepas merasmikan Jualan Rahmah di Kampung Semaba, Kuching hari ini.

Tinjauan RTM di program tersebut mendapati orang ramai mula beratur seawal 7 pagi, untuk membeli barangan keperluan harian seperti ayam, gula dan tepung dengan harga yang lebih murah.

Seramai 5,000 penduduk setempat disasarkan untuk membeli belah di Jualan Rahmah tersebut.

Bagi pesara, Layen Kion program Jualan Rahmah seharusnya wajar dijalankan dengan lebih kerap terutama di kawasan pedalaman.

Katanya, ia merupakan program yang sangat membantu untuk meringankan beban sekali gus sebagai langkah penjimatan kepada mereka yang kurang pendapatan.

Dalam pada itu, Anot Mejul seorang suri rumah tangga memberitahu, selain menjual barangan keperluan harian dengan lebih murah, masyarakat akan lebih mengenali Kerajaan MADANI melalui Jualan Rahmah sebagai tampok pimpinan yang prihatin dengan kebajikan rakyat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE