fb fb fb fb fb

Mas Ermieyati dipilih pengerusi baharu PAC

(FOTO FAIL BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 4 April - Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Manakala Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dipilih sebagai naib pengerusinya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemilihan tersebut dilaksanakan mengikut Aturan Mesyuarat dan Usul-usul Dewan Rakyat hari ini dengan sokongan sebulat suara oleh ahli parlimen blok kerajaan dan pembangkang.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Yang Dipertua, bahawa Yang Berhormat, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Masjid Tanah dan YB Puan Wong Shu Qi, Ahli Parlimen Kuang masing-masing dipilih sebagai Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara PAC bagi Majlis Parlimen ke-15," katanya di Parlimen.

Mas Ermieyati menggantikan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh yang telah memegang jawatan itu dari Ogos 2020 hingga Oktober 2022.

Media Baharu