fb fb fb fb fb

MAQIS Kelantan serah hampir 230kg ayam dilucuthak kepada Penjara Marang

FOTO MAQIS Kelantan

PASIR MAS, 1 Oktober- Hampir 230 kilogram ayam sejuk beku yang dilucuthak diserahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan kepada Jabatan Penjara Marang, Terengganu untuk dijadikan sebagai makanan ternakan ikan keli bawah Program Rehabilitasi Bantuan di penjara berkenaan.

Pengarah MAQIS Negeri Kelantan, Syed Fuad Syed Putra berkata, bahan mentah tersebut merupakan hasil sitaan pengimportan hasilan haiwan yang telah dilucuthakkan kerana tidak mematuhi aspek perundangan Seksyen 13 bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

MAQIS Kelantan menyokong penuh inisiatif Jabatan Penjara Marang dalam menjayakan Program Rehabilitasi Banduan. 

Syed Fuad berkata, tindakan itu merupakan salah satu daripada kaedah pelupusan hasilan haiwan yang disita dan telah dilucuthak. 

Katanya, MAQIS tidak akan berkompromi terhadap ketidakpatuhan terutamanya melibatkan isu biosekuriti.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE