fb fb fb fb fb

Mangsa pesawat terhempas meninggal dunia kecederaan tengkuk dan dada

Foto BERNAMA

PERAK, 2 Ogos- Keputusan bedah siasat ke atas Allahyarham Fajim Juffa Mustafa Kamal mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan tengkuk dan dada akibat kemalangan aviasi.

Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.


(Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid)

Proses bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Terdahulu, kenderaan membawa jenazah dilihat keluar daripada perkarangan Jabatan Forensik HRPB Ipoh pada puku 2.45 petang diiringi ahli keluarga dan saudara mara terdekat.

Jenazah akan dibawa ke Surau Al- Kauthsar, Bandar Tasik Kesumu untuk disembahyangkan sebelum dikebumi di Semenyih, Selangor.

Dalam kejadian sekitar pukul 8 malam itu, jurulatih penerbangan, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52 tahun maut manakala rakannya, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62 tahun cedera.

Muhammad Din Fikri yang merupakan ketua jurulatih penerbangan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Datuk Mior turut mengesahkan bahawa bangkai pesawat telah dibawa keluar dari lokasi kejadian. 

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bot Penyelamat Polis Di Raja Malaysia Kontinjen Perak di sini.

 



Media Baharu