fb fb fb fb fb

Mangsa hilang Gunung Angsi ditemui

FOTO APM

KUALA PILAH, 21 Februari- Enam pendaki yang dilaporkan hilang di Gunung Angsi, Kuala Pilah telah ditemui tengah malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memberitahu, kesemua mangsa berusia antara 20 hingga 30-an dijumpai dan dibawa turun oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malim Gunung dan Pasukan dari Pejabat Perhutanan Daerah Kuala Pilah.

Seramai lima orang mangsa ditemui selamat manakala seorang lagi mangsa wanita mengalami kecederaan di bahagian lutut.

Kesemua mereka kemudian dibenarkan pulang.

Terdahulu, pihak bomba menjalankan operasi mencari menyelamat (SAR) enam pendaki di Gunung Angsi, Kuala Pilah selepas dikatakan sesat dan tidak turun sehingga pukul 7.30 petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan, mangsa terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE