fb fb fb fb fb

Manfaat cuti umum sempena Hari Bandar Warisan Dunia George Town

Ketua Menteri Melaka Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 7 Julai - Cuti umum sempena Hari Bandar Warisan Dunia George Town yang jatuh pada hari ini wajar dimanfaatkan penduduk bagi menghayati budaya dan sejarah Pulau Pinang.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, itu sebenarnya tujuan utama cuti itu diberi kepada penduduk negeri itu.

Ini susulan pelbagai aktiviti persembahan budaya, adat resam, dan makanan tradisional pelbagai kaum akan dipamerkan di sekitar George Town.
 
Malah katanya sambutan daripada orang ramai pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.
 
"Tujuan kita isytiharkan cuti adalah untuk raikan status UNESCO, tetapi juga bawa kesedaran rakyat tentang nilai-nilai sejagat tapak warisan dunia dan setiap tahun 'George Town World Inc' akan anjurkan sambutan bagi perkenalkan budaya adat resam dengan tema berlainan, upacara istiadat setiap kaum, jenis makanan, cara masakan dan kesenian," kata Kon Yeow.

Beliau berkata demikian ketika hadir Majlis Perayaan Bandar Warisan George Town. Sambutan selama sehari itu akan berakhir esok.

TETITIA YUSOFF