fb fb fb fb fb

Malaysia, WHO akan terus bekerjasama - PM

(Foto Facebook Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 7 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf hak untuk kesihatan sebagai hak asasi manusia yang penting bagi mencapai kehidupan yang bermaruah.

Ia bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2023 yang disambut hari ini.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata tema yang dipilih pada tahun ini “Kesihatan untuk Semua (Health for All)” adalah selaras dengan nilai dan prinsip Malaysia Madani.

"Hak kesihatan ini seharusnya dinikmati setiap orang secara saksama tanpa mengira status atau sebarang perbezaan dan diskriminasi.

"Tarikh 7 April 2023 juga merupakan ulang tahun ke-75 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Hubungan kerjasama erat antara Malaysia dan WHO telah memasuki ke 65 tahun.

"Malaysia akan terus bekerjasama bersama WHO bagi mempromosi kesihatan, memelihara kesejahteraan serta memberi perkhidmatan kepada semua golongan untuk mencapai kesihatan tertinggi," katanya.


(Foto Facebook Anwar Ibrahim)

Media Baharu