fb fb fb fb fb

Malaysia berpotensi menjadi hab syarikat teknologi antarabangsa

(Fahmi menyampaikan ucapan pada sesi libat urut bersama wakil Pusat Data (DC)
dan Industri Awan/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 22 Jun- Kementerian Komunikasi dan Digital komited memperkasakan ekonomi digital negara dengan membangunkan hab syarikat pemula dan industri digital serantau.

Menterinya, Fahmi Fadzil optimis pelaksanaannya mampu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi sekali gus menjadikan Malaysia sebagai Harimau Digital Asia.

"Malaysia merupakan sebuah negara yg semakin kompetitif dari segi sewaan bangunan, prasarana yang disediakan, bakat yang kita ada yang mudah berbahasa Inggeris dan pelbagai bahasa lain.

"Maka saya lihat Malaysia boleh menjadi hab syarikat-syarikat teknologi yang mungkin lahir di UK untuk mereka bertapak di Malaysia dan melebarkan sayap ke rantau Asia Tenggara," kata Fahmi dalam program media D Conference 2023 anjuran Malaysia Digital Association di sini.

Jelasnya, hubungan dua hala Malaysia-United Kingdom membuka peluang lebih luas memandangkan UK merupakan negara ketiga selepas Amerika Syarikat dan China dari segi inovasi.

Reputasi Malaysia sebagai destinasi yang selamat mampu menarik minat syarikat-syarikat luar di rantau ini sekali gus menjadikan Malaysia 'Gerbang ke Asia' bagi syarikat-syarikat digital antarabangsa.

(Fahmi (tengah) bergambar bersama wakil Pusat Data (DC) dan Industri Awan selepas
sesi libat urus/BERNAMA)

Media Baharu