Malaysia antara negara terawal sokong MoU AS-Iran

Foto/Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Malaysia merupakan antara negara terawal menyatakan sokongan terhadap Memorandum Persefahaman (MoU) antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi menamatkan konflik ketenteraan di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ratifikasi perjanjian yang mengandungi 14 syarat dilihat sebagai perkembangan positif ke arah meredakan ketegangan.
  • Malaysia akan terus memainkan peranan melalui saluran diplomatik antarabangsa menyokong usaha penyelesaian konflik secara aman.
  • Kerajaan sentiasa memantau dan akan memberi sokongan moral apabila diperlukan.
  • Malaysia pernah menjadi penaja bersama Resolusi 2817 PBB berhubung Teluk Hormuz, menunjukkan komitmen terhadap pemulihan keamanan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ratifikasi perjanjian yang mengandungi 14 syarat itu disifatkan sebagai perkembangan positif ke arah meredakan ketegangan di rantau berkenaan.

Menurut beliau, Malaysia akan terus memainkan peranan menerusi saluran diplomatik antarabangsa bagi menyokong segala usaha ke arah penyelesaian konflik secara aman.

” Kita sentiasa memantau dan apa sahaja keperluan yang memerlukan sokongan moral, kita akan terus menyokong.

“Banyak kali sebelum ini, termasuk menerusi Resolusi 2817 Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berhubung Teluk Hormuz, Malaysia merupakan negara penaja bersama. Bukan sahaja menandatangani, malah kita menjadi penaja bersama resolusi tersebut.

“Malaysia memainkan peranan supaya keamanan di rantau Asia Barat dapat segera dipulihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa mengenai pendirian dan peranan Malaysia berhubung pengumuman Memorandum Persefahaman antara AS dan Iran bagi menamatkan konflik ketenteraan di Asia Barat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.