fb fb fb fb fb

Maklumat mengenai pelancongan Perlis perlu diperbanyakkan- Raja Muda

FOTO MEDIA ISTANA ARAU

PAUH, 26 Januari- Lebih banyak direktori dan peta lokasi yang memaparkan restoran-restoran popular secara digital, dalam talian dan fizikal wajar dinaikkan di lokasi-lokasi tumpuan pelancong.

Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, langkah tersebut akan memudahkan para pelancong khususnya yang pertama kali ke Perlis untuk merancang jadual perjalanan masing-masing bagi melawat destinasi-destinasi menarik dan juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba segala juadah unik yang ada di negeri itu.

Baginda bertitah ketika mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Pauh Putra, anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Mokti’s Ice Cream sebagai rakan strategik bagi menyantuni dan memberikan bantuan kepada tiga asnaf terpilih di sekitar Ulu Pauh.

Baginda turut berkenan mengadakan kunjungan ke litar Go-Kart UniMAP sepanjang 1.2 kilometer yang terletak dalam kawasan kampus tersebut.

Go-Kart juga merupakan salah satu tarikan bagi memeriahkan dan merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE