fb fb fb fb fb

Majlis Tindakan Lembah Pantai: Usaha lestari dan pembangunan

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Usaha melestari dan membangunkan kawasan Lembah Pantai menjadi antara agenda utama dalam Majlis Tindakan Pembangunan Lembah Pantai yang diadakan buat pertama kalinya di peringkat Parlimen.

Majlis tersebut bertujuan untuk membincangkan dan mencari solusi terbaik bagi isu-isu berbangkit di kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyifatkan majlis itu sebagai platform penting untuk mencari titik temu antara pemaju, komuniti setempat dan pihak-pihak terlibat.

"Masalah pembangunan yang paling sukar diselesaikan dapat dibincangkan secara terbuka di sini. Kami cuba memahami sudut pandang semua pihak, baik daripada pemaju, penduduk atau pakar-pakar untuk mencari penyelesaian bersama," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Tindakan Pembangunan Lembah Pantai Bil 1/2024 di IWK Ecopark@Lembah Pantai, di sini

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, hasil mesyuarat majlis itu akan dipanjangkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa untuk tindakan susulan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN