fb fb fb fb fb

PM luang masa dalam Majlis Ilmu sejurus tiba dari Thailand

PUTRAJAYA, 10 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Ilmu Seri Perdana sejurus pulang dari lawatan rasmi di Bangkok, Thailand.

Beliau beramah mesra sekitar 30 minit bersama lebih 200 orang terdiri daripada komuniti sekitar Kompleks Seri Perdana.

 
(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan komuniti yang hadir)

Walaupun baru mendarat dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, beliau dilihat mesra menyantuni mereka yang hadir.

Perdana Menteri yang tiba sekitar pukul 9 malam itu, turut menikmati jamuan ringan bersama wakil komuniti.

Majlis ilmu tersebut diisi dengan Tazkirah Maghrib, bertajuk “Ihsan dari Perspektif Islam” yang disampaikan Mantan Profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Razali Nawaw, selain solat maghrib dan isyak secara berjemaah.

Media Baharu