fb fb fb fb fb

MAFI belum terima kebenaran eksport ayam ke luar negara

MERLIMAU, 1 Oktober- Kebenaran mengeksport ayam ke luar negara masih belum diumumkan kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Menurut Timbalan Menteri MAFI, Datuk Seri Ahmad Hamzah, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

Katanya, negara kini berhadapan dengan lebihan bekalan ayam dan telur.

Sebelum ini, kerajaan membenarkan sebanyak 3.6 juta ekor ayam di eksport namun belum mengetahui jumlah terkini sekiranya aktiviti itu dibenarkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan bantuan program Rezeki Ternak Unggas dan Projek Pertanian Organik Peringkat Parlimen Jasin, di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Akmal Mohd Salleh.

Timbalan Menteri MAFI, Datuk Seri Ahmad Hamzah

Sebelum ini, media melaporkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan meneliti untuk menetapkan harga siling ayam dan mengkaji untuk membenarkan produk tersebut dieksport semula.

Ia berikutan pada 1 Jun lalu, sekatan eksport ayam membabitkan bekalan ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan.

Media Baharu