Luang 10 minit seminggu periksa kawasan rumah cegah denggi

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 20 Julai– Masyarakat digesa meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk memeriksa kawasan rumah dan persekitaran bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama semua pihak penting untuk membendung penularan denggi melalui pemeriksaan berkala dan tindakan pencegahan di peringkat rumah dan komuniti.
  • Nyamuk Aedes hanya perlukan kira-kira dua sentimeter air jernih untuk bertelur; telur boleh tahan hingga lapan bulan walau bekas kering.
  • Buang air bertakung serta sental dan bilas bekas; KKM guna pendekatan Integrated Vector Management untuk kawal pembiakan pada semua peringkat.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr RosVinder Singh berkata, usaha itu memerlukan kerjasama semua pihak bagi membendung penularan demam denggi.

Menurut beliau, pemeriksaan berkala perlu dilakukan memandangkan nyamuk Aedes hanya memerlukan kira-kira dua sentimeter air jernih yang bertakung untuk bertelur.

Telurnya pula mampu bertahan sehingga lapan bulan walaupun bekas berkenaan telah kering.

“Sehubungan itu, orang ramai digesa bukan sekadar membuang air bertakung, malah menyental dan membilas bekas berkenaan bagi menghapuskan telur nyamuk.

Cegah denggi ini sebenarnya adalah tanggungjawab bersama. Kita kena ambil langkah untuk membersihkan kawasan rumah sendiri. Gotong-royong dalam komuniti juga amat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Beliau turut memaklumkan, KKM melaksanakan pendekatan Integrated Vector Management (IVM) yang merangkumi pemantauan kes serta kawalan pembiakan nyamuk pada setiap peringkat kitaran hayatnya.

Menurut data KKM, lebih 40,000 kes demam denggi dilaporkan sejak Januari hingga 9 Julai lalu, meningkat 34.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

34 kematian turut direkodkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama tahun lalu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.