fb fb fb fb fb

Lima setiausaha Perdana Menteri, mendekati rakyat

Datuk Azman Abidin

KUALA KUBU BARU, 30 Mac- Lima setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili beliau untuk mendekati, menyampaikan bantuan dan mendengar sendiri permasalahan rakyat termasuk di kawasan luar bandar serta pedalaman.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin berkata, sumbangan disampaikan dalam pelbagai bentuk termasuk wang tunai, sumbangan makanan dan barangan keperluan.

"Skop tugas kami sebagai setiausaha politik Perdana Menteri sedia maklum bahawa beliau dia tidak dapat menyantuni semua rakyat. Jadi kami membahagikan tugas mengenal pasti kawasan kawasan dan negeri untuk kami turun ke lapangan.

"Di samping kami menziarahi kawasan tertentu kami juga mengambil kesempatan menyantuni dan memberi sumbangan bagi pihak sumbangan Perdana Menteri kepada golongan asnaf yang kurang bernasib baik," katanya selepas bertemu 200 asnaf pada Program Infak Ramadan di sini.

Selain itu, pihaknya juga menyantuni dan memberi sumbangan kilat kepada keluarga dari pelbagai latar belakang iaitu ibu tunggal, sakit mental, warga emas yang uzur dan pesakit kanser.

Turut disampaikan, penyerahan kit Aidilfitri kepada pengerusi-pengerusi masjid di dalam kawasan berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI