fb fb fb fb fb

Lima pusat PPS di Perak masih dibuka

FOTO FAIL

IPOH, 4 November - Lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak masih beroperasi di tiga daerah dengan menempatkan 353 penduduk terjejas banjir daripada 103 keluarga, setakat pukul 8.00 pagi tadi.

"Di Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan 105 penduduk daripada 33 keluarga. 

"PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap pula merekodkan 48 penduduk terjejas daripada 12 keluarga," menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi satu kenyataan.

Di Kerian, PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak menempatkan 100 penduduk terjejas banjir melibatkan 24 keluarga, manakala PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu dengan 59 penduduk melibatkan 20 keluarga.

PPS Dewan Orang Ramai Kampung Kuak Luar di Hulu Perak turut menempatkan 41 penduduk daripada 14 keluarga.

TETITIA YUSOFF