fb fb fb fb fb

LIMA'25: Sultan Kedah berkenan berangkat melawat pameran di MIEC

Foto RTM

LANGKAWI, 22 MEI - Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat melawat Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25).

Keberangkatan tiba baginda kira-kira pukul 10:30 pagi, sebelum meninjau reruai di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

LIMA'25 akan membuka tirainya kepada orang awam bermula esok hingga Sabtu ini, selepas tiga hari pertama, berlangsung secara eksklusif untuk pemain industri, delegasi antarabangsa dan tetamu kenamaan.

Edisi ke-17 tahun ini merupakan pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di Asia Tenggara sejak ia diperkenalkan pada 1991.

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI