fb fb fb fb fb

Letusan Gunung Ruang: Pembentukan awan abu risiko kepada keselamatan kapal terbang

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 April- Letusan gunung berapi di Gunung Ruang di Indonesia telah mengakibatkan pembentukan awan abu bergerak ke arah Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu, yang menimbulkan risiko kepada keselamatan pesawat di ruang udara itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud, kesan letusan telah menyebabkan terbentuknya awan debu yang bergerak menuju ke FIR Kota Kinabalu yang boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan pesawat di ruang udara.

Beliau menyarankan syarikat penerbangan dan pengendali pesawat untuk terus memantau perkembangan meteorologi, notis serta maklumat berkaitan debu gunung berapi yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Sementara itu, orang ramai yang terlibat bagi penerbangan melibatkan kawasan berkenaan turut dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan serta status terkini jadual penerbangan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE